UCAP ALUAN
PENGURUS BESAR
YAYASAN ISLAM NEGERI KEDAH (YINK)
Tuan Hj. Abd. Rahman Bin Hj. Ismail, AMK., BCK.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
بسم الله الرحمن الرحيم
اَلحَمْدُ لله الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالهُدَى وِدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَكَفَى بِاللهِ شَهِيْدًا، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا الله وَحدَهُ لَا شَرِيْكَ لَه، لاَ رَبَّ غَيْرُهُ وَلَا مَعْبُودَ سِوَاهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُه وَمُصْطَفَاه، أَرْسَلَهُ رَبُّهُ مُبَشِّرًا وَنَذِيْرًا، وَدَاعِيًا إِلَى اللهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجًا مُنِيْرًا.
اللَّهُّمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ الَّذِيْنَ تَرَكُوا دِيَارَهُم وَأَمْوَالَهُم فِرَارًا بِدِيْنِهِم وَصَوْناً لِأَرْوَاحِهِم. فصَانَهُم اللهُ وأَعَزَّ دِيْنَهُم. أَمَّا بَعْدُ،
Alhamdulillah segala, puji dan syukur dijulangkan kepada Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam yang mengurniakan rahmat dan nikmat yang melimpah kepada hamba-hamba-Nya. Selawat dan salam kepada junjungan besar k, Nabi Muhammad s.a.w. serta seluruh ahli kerabatnya dan sahabat baginda.
Bahagianya kerana Yayasan Islam Negeri Kedah, melalui Unit Dakwah dan ICT nya berjaya mewujudkan sebuah laman dakwah elektronik kontemprorari www.almuttaqin.tv. Sesungguhnya ini merupakan satu usaha murni dalam menyemarakkan risalah dakwah kepada masyarakat Islam di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia umumnya. Al-Muttaqin TV adalah menjadi satu wadah ilmu untuk semua.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Alaq, ayat 1 hingga 5:
1. Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),
2. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, -
5. Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.
Di dalam ayat ke 4, Allah s.w.t. telah berfirman dan menyebut perkataan "pena" yang mempunyai pengertian yang amat luas. Jika kita imbas kembali ke zaman Nabi Muhammad s.a.w., ketika itu kitab suci Al-Quran belum lagi dibukukan, malah semua sahabat baginda menghafal ayat-ayat suci Al-Quran satu persatu. Setelah sampai ke zaman Saidina Usman,ra barulah ayat-ayat suci Al-Quran dibukukan dan dijadikan sebuah mashaf yang sempurna sebagai kemudahan kepada umat Islam bagi membaca dan menghayati apa yang difirmankan oleh Allah s.w.t.
Sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi maklumat pada zaman ini, perkataan "pena" tersebut sesuai diperluaskan ertinya juga kepada aplikasi internet/ICT. Berdasarkan pengertian itu, Yayasan Islam Negeri Kedah cuba untuk membantu umat Islam dengan cara menyebarkan ilmu dan dakwah secara elektronik kepada seluruh dunia dengan siaran-siaran langsung pengajian dan rakaman yang amat didahagai dan dinanti-nanti oleh masyarakat melalui capaian ICT Al- muttaqin tv.
Sabda Nabi S.A.W;
يُحْمَلُ هَذَا العِلْمُ مِنْ كُلِّ خَلَفٍ عُدُوْلِهِ يَنْفَوْنَ عَنْهُ تَحْرِيْفَ الغَالِيْنَ وَانْتِحَالَ المُبْطِلِيْنَ وَتَأْوِيْلَ الجَاهِلِيْنَ
Maksudnya: Ilmu ini dibawa oleh mereka yang paling adil (tidak fasik) pada setiap generasi. Mereka akan membersihkan penyelewengan kelompok yang melampau, rekaan kelompok yang batil dan takwilan mereka yang jahil.
Antara inti pati hadis ini ialah kita dituntut untuk menyampaikan ilmu dan mengambil ilmu dari sumber yang sahih dan benar. Imam Syafie r.a. mengharapkan orang ramai yang mempelajari ilmu darinya untuk mengajarkan pula ilmu tersebut kepada orang lain.
Justeru, tahniah diucapkan kepada warga kerja Al-Muttaqin TV YINK di atas kerjasama dan kejayaan kalian semua mengendalikan Al-Muttaqin TV ke arah yang lebih maju dan canggih dan ini merupakan cabaran yang hebat dalam usaha dakwah. Dengan sumbangan kita yang tidak seberapa ini setidaknya dapat mengisi ruang dan memberi sumbangan kearah meyebarkan ilmu untuk tatapan dan pembagunan umat sejahtera.
Akhir sekali, adalah diharapkan Al-Muttaqin TV dapat meneruskan usaha murni ini serta meningkatkan mutu kerja sedia ada ke tahap yang lebih tinggi dan memuaskan para penonton dan peminat Al-Muttaqin TV di masa hadapan. Tahniah dan mabruk buat Al-Muttaqin TV. Semoga Allah s.w.t. membalas segala usaha dan keringat dengan balasan yang setimpal insyaAllah.
Sekian, terima kasih.
"Berilmu dan Beramal Asas Kesejahteraan Ummah"
Tuan Hj. Abd. Rahman Bin Hj. Ismail, AMK., BCK.
Pengurus Besar,
Yayasan Islam Negeri Kedah.