Daftar Login Masuk Lupa katalaluan?
يا كريم يا وهاب أكرمنا بالفردوس الأعلى بغير حساب
Sila aktifkan javascript pada browser anda untuk kelancaran melayari laman web ini.

Info Al-MuttaqinTV

SALAM KEDAH SEJAHTERA

PENGENALAN

Yayasan Islam Negeri Kedah

Yayasan Islam Negeri Kedah adalah sebuah Badan Berkanun Kerajaan Negeri Kedah yang telah ditubuhkan pada tahun 1976 di bawah Enakmen Bil. 10 yang mana pada sebelumnya dikenali sebagai Tabung Biasiswa Pelajaran Ugama pada tahun 1965.

Yayasan Islam Negeri Kedah berfungsi sebagai sebuah agensi sokongan bagi Kerajaan Negeri Kedah dalam urusan pembangunan ummah dalam sektor pendidikan dan juga ekonomi masyarakat Islam khususnya di Negeri Kedah. Dalam bidang pendidikan Yayasan Islam Negeri Kedah telah menyediakan dana bagi tujuan pemberian pinjaman pelajaran kepada pelajar-pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah seperti Mesir, Jordan dan Syria dan juga Pengajian Tahfiz di Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Disamping itu juga Yayasan Islam Negeri Kedah berperanan menjaga kebajikan penuntut Kedah di Timur Tengah serta menguruskan bangunan asrama milik kerajaan negeri melalui seorang Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir yang dilantik bertugas di Kaherah.

Dalam pembangunan ummah pula Yayasan Islam Negeri Kedah seupaya mungkin menyediakan program-program yang mengimarahkan usaha dakwah dalam Negeri Kedah khususnya di Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah disamping lain-lain program-program yang dilaksanakan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan negeri seperti:

  1. Pengajian agama di Pusat Dakwah
  2. Program Akademi  Taranum Al Quran
  3. Program Akademi Tahfiz Al Quran
  4. Kuliah Fardhu Ain di radio KEDAH FM.
  5. Kuliah Ramadhan
  6. Program Salam Kedah Sejahtera

Al Muttaqin TV

Yayasan Islam Negeri Kedah juga turut mengambil peluang dalam dunia kecanggihan teknologi maklumat sebagai satu cara menyebarkan dakwah dan ilmu Islam dengan memperkenalkan Al Muttaqin TV melalui Unit Dakwah dan ICT Yayasan Islam Negeri Kedah. Yayasan Islam Negeri Kedah berhasrat Al Muttaqin TV ini akan menjadi media utama dalam menyampaikan maklumat dakwah dan  ilmu pengajian Islam kepada umat Islam khususnya secara langsung dengan tokoh-tokoh ulama pelbagai bidang ilmu Islam dari dalam dan luar Negara.

Asalnya Al Muttaqin TV telah dibangunkan oleh sekumpulan pelajar Kedah di Al Azhar sebagai satu web yang menyediakan bahan-bahan pengajian ilmu Islam yang berkaitan. Melihat kepada potensinya untuk dikembang dan dimajukan Yayasan Islam Negeri Kedah telah menghulurkan dana dan telah mengambilalih sepenuhnya pengurusan Al Muttaqin TV.
Web Al Muttaqin telah dijadikan sebagai sebuah media pengajian dakwah ilmiah dibawah kawal selia Unit Dakwah & ICT Yayasan Islam Negeri Kedah. Pusat operasi induk Al Mutaqqin TV adalah di Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah.

Antara tokoh-tokoh ulama yang diketengahkan oleh Al Muttaqin TV ialah:

  1. Dato’ Dr. Harun bin Hj. Din
    (Pendakwah Bebas)
  2. Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki
    (Pendakwah dari Indonesia)
  3. Professor Dr. Saaduddin Mus’ad Al Hilali
    (Pensyarah Fakulti Syariah Universiti Al Azhar)
  4. Dr. Usamah Sayid Al Azhari
    (Pensyarah Fakulti Usuluddin Universiti Al Azhar)
  5. Dato’ Syeikh Abdul Hamid bin Tahir
    (Pendakwah Bebas)
  6. Dato’ Ustaz Shamsuri bin Haji Ahmad
    (Pendakwah Bebas)
  7. Prof. Madya Dato’ Syeikh Badaruddin bin Haji Ahmad
    (Mufti Negeri Kedah Darul Aman)
  8. Prof. Madya Dr. Abdul Aziz bin Hanafi
    (Dekan Kuliah Syariah KUIN)
  9. Drs. Tengku Mudawli bin Tengku Ariffin
    (Persekutuan Islam Perak)
  10. Ustaz Kazim bin Eliyas
    (Pendakwah Bebas)

Dan lain-lain tokoh pendakwah yang terkenal.

Diharap dengan adanya Al Muttaqin TV ini segala isi kandungannya dapat diambil manfaat oleh semua umat Islam di mana jua berada dan semoga apa yang diusahakan akan mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wataala hendaknya.


Blog
Info
Produk